BRUSSELS, 13 Julai - Kesatuan Eropah (EU) dan Indonesia hari ini telah mencapai persetujuan politik bersama bagi memperkukuh Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif (CEPA), yang merupakan perdagangan bebas antara kedua-dua belah pihak.
Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen berkata, pejanjian tersebut akan mewujudkan lebih banyak peluang dalam industri utama seperti pertanian dan sektor automotif.
"Terdapat banyak potensi yang tidak disentuh dalam hubungan perdagangan kami, oleh itu perjanjian ini datang pada masa yang tepat kerana akan membuka pasaran baharu," katanya, pada sidang media bersama Presiden Indonesia, Prabowo Subianto.
Sementara itu, Prabowo mengakui Eropah sangat penting bagi Jakarta, susulan itu beliau mahu lebih banyak penglibatan blok tersebut dalam ekonomi Indonesia.-REUTERS