fb fb fb fb fb

65,000 anggota polis dikerah kawal sambutan Hari Kebangsaan Perancis

Sambutan Hari Kebangsaan Perancis/Foto Reuters

PARIS, 13 Julai - Pihak berkuasa Perancis mengumumkan penggerakan pasukan keselamatan besar-besaran bagi mengawal sambutan Hari Kebangsaan pada Ahad dan Isnin (13 dan 14 Julai), bagi mengelakkan sebarang insiden keganasan atau rusuhan yang mungkin tercetus sempena acara itu, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).

Dalam kenyataan semasa lawatan ke lapangan di Bandar Laval, Menteri Dalam Negeri, Bruno Retailleau berkata, seramai 65,000 anggota polis dan “gendarmeri” akan dikerahkan ke seluruh negara, dengan tumpuan khas di ibu negara, Paris.

Beliau menegaskan bahawa sebarang perhimpunan tanpa kebenaran di Champs-Élysées adalah dilarang sama sekali.

Sebagai langkah pencegahan, pasukan keselamatan telah menjalankan lebih 560 pemeriksaan di kawasan Grand Paris, yang membawa kepada rampasan hampir 10,000 bunga api dan bahan piroteknik bagi mengelakkan penggunaannya secara sembarangan yang sering mencetuskan ketegangan semasa sambutan.-BERNAMA/WAM

ASHRIQ FAHMY AHMAD