fb fb fb fb fb

Enam maut nahas helikopter tentera Pakistan terhempas

(Ia merupakan insiden helikopter maut kedua dalam tempoh
kurang dua bulan di Pakistan/FOTO HIASAN AFP)

ISLAMABAD, 26 September- Enam anggota tentera Pakistan terbunuh dalam nahas helikopter di barat daya negara itu, insiden terhempas kedua dalam masa sebulan.

Menurut sumber tentera, helikopter itu jatuh berhampiran Khost, sebuah bandar kecil di wilayah Balochistan bersempadan dengan Afghanistan dan Iran.

"Sebuah helikopter dalam misi terbang terhempas lewat malam tadi.

"Enam anggota termasuk dua berpangkat mejar (kedua-dua juruterbang) maut dalam nahas berkenaan," menurut satu kenyataan.

Tiada butiran lanjut diberikan mengenai punca nahas atau jenis pesawat yang terlibat dalam nahas itu.

Kawasan di mana helikopter itu jatuh tidak dilanda banjir baru-baru ini.

((Helikopter itu terhempas ketika 'misi terbang' berhampiran Harnai di wilayah Balochistan,
kata sayap perhubungan awam tentera dalam satu kenyataan/FPOTO HIASAN AFP)


Pada awal Ogos, enam askar Pakistan termasuk salah seorang komander tertinggi tentera terbunuh apabila helikopter mereka terhempas semasa operasi bantuan banjir di Balochistan.

Hujan monsun yang lebat menyebabkan banjir besar di Pakistan tahun ini khususnya di wilayah Sindh dan Balochistan.

Lebih 1,600 orang terkorban dengan 323 daripadanya maut di Balochistan. -AFP

Media Baharu