MANILA, 1 Februari - Sekurang-kurangnya enam orang maut dalam kejadian tanah runtuh dan banjir kilat, manakala seorang lagi dilaporkan hilang di Filipina.
Hujan berterusan mula melanda kawasan di Mindanaou yang merupakan pulau kedua terbesar di negara itu, pada hujung minggu lalu menyebabkan banjir dan tanah runtuh.
Menurut pegawai keselamatan, ribuan orang melarikan diri ke pusat perlindungan kecemasan.
Kawasan yang paling teruk terjejas ialah pergunungan Maragusan, yang merekodkan 23 kejadian tanah runtuh sejak Ahad.
Manakala, bandar bersebelahan New Bataan, lebih daripada 10,000 orang dipindahkan dari rumah yang terjejas dengan banjir.
Pegawai bencana perbandaran Romeo Tublag berkata, tiga orang dilaporkan terbunuh manakala seorang lagi hilang dlam kejadian tanah runtuh di Maragusan.
"Bandar kami dikelilingi gunung jadi kejadian tanah runtuh merupakan ancaman kepada kami. Di sini hujan turun hampir setiap hari," kata Tublag.
Di New Bataan, seorang lelaki dilaporkan terkorban manakala seorang wanita dihanyutkan oleh banjir.
Dalam kejadian itu, seorang lagi lelaki juga terkena renjatan elektrik ketika rumahnya dinaiki air, kata pegaewai bencana Aeona Armocilla kepada AFP.
Kira-kira 10, 100 penduduk di kawasan itu dipindahkan selepas limpahan sungai melanda tiga kampung serta hujan masih lagi turun sejak semalam lagi.
Banjir turut melanda kawasan bandar Bunawan dan Veruela di wilayah Agusan del Sur.
Pegawai bencana wilayah, Alexis Cabardo berkata, lebih 5,000 orang berlindung di pusat pemindahan. - AFP