(FOTO HIASAN / ROYAL AUSTRALIAN NAVY)
BRISBANE, 29 Julai- Empat anak kapal tentera Australia hilang selepas helikopter yang mereka naiki terhempas dan karam di perairan pantai timur laut negara itu ketika sedang menjalani latihan ketenteraan, kata Menteri Pertahanan Richard Marles pada Sabtu.
MRH-90 Taipan terhempas lewat malam Jumaat di perairan subtropika di Pulau Hamilton, Queensland, ketika mengambil bahagian dalam latihan Talisman Sabre yang disertai 30,000 orang.
"Ketika kami bercakap dengan anda sekarang, empat anak kapal itu masih belum ditemui," kata Marles selepas pencarian selama hampir 12 jam, yang akan diteruskan hari ini.
"Keluarga empat anak kapal telah dimaklumkan mengenai kejadian ini dan harapan dan minda kami tertumpu kepada anak kapal dan keluarga mereka," tambahnya.
"Kami berharap untuk mendapat berita yang lebih baik hari ini."
Latihan Talisman Saber turut disertai tentera dari Jepun, Perancis, Jerman, dan Korea Selatan.
Latihan itu telah memasuki minggu kedua dan sedang menguji logistik berskala besar, pertempuran darat, pendaratan amfibia dan operasi udara.
Australia kini sedang memulakan rombakan besar-besaran angkatan tenteranya, beralih ke arah keupayaan serangan jarak jauh.-AFP
(FOTO HIASAN / ROYAL AUSTRALIAN NAVY)