fb fb fb fb fb

Empat mayat ditemukan, kediaman musnah akibat kebakaran

(Foto AFP)

GENEVA, 9 Mac- Empat mayat ditemukan pada Khamis dalam runtuhan akibat letupan dan kebakaran yang memusnahkan sebuah rumah kediaman di barat Switzerland.

Perkhidmatan kecemasan telah dimaklumkan mengenai letupan di rumah di bandar tepi tasik Yverdon-les-Bains, di kanton Switzerland Vaud, pada 6.40 pagi waktu tempatan (0540 GMT), kata polis.

"Kediaman itu musnah sepenuhnya akibat api. Beberapa penghuni maut dan ditemukan dalam runtuhan," kata jurucakap polis Vaud, Florence Maillard menerusi satu kenyataan.

"Empat mangsa ditemukan di dalam rumah. Manakala seorang kanak-kanak masih dicari," tambahnya.

(Asap mengepul dari atap rumah tempat tinggal yang terbakar
setelah ledakan besar di Yverdon-les-Bains, barat Switzerland/Foto AFP)

Akhbar utama Vaud 24 Heures berkata lima sekeluarga tinggal di rumah itu.

Punca letupan masih tidak diketahui dan pihak polis sedang melakukan siasatan.

Saksi kejadian turut diminta tampil memberikan maklumat.-AFP

Media Baharu