fb fb fb fb fb

Empat maut, pesawat ringan terhempas di Lapangan Terbang London

Pesawat ringan terhempas di Lapangan Terbang London Southend/Foto Reuters

LONDON, 14 Julai - Empat individu terbunuh apabila sebuah pesawat kecil terhempas di Lapangan Terbang London Southend.

Menurut PA Media, lapangan terbang tersebut terletak kira-kira 35 batu di timur ibu negara dan digunakan oleh syarikat EasyJet.

Syarikat berkenaan menawarkan perkhidmatan penerbangan ke destinasi percutian di Eropah.

Kemudahan itu ditutup buat sementara waktu susulan nahas tersebut.-REUTERS

ASHRIQ FAHMY AHMAD