PARIS, 15 Julai - Presiden Perancis, Emmanuel Macron menyambut Presiden Indonesia, Prabowo Subianto di Istana Eylsee di sini, pada Isnin.
Terdahulu, Prabowo menjadi tetamu kehormat pada perarakan sempena Hari Bastille yang berlangsung di ibu kota Perancis itu.
Acara berprestij berkenaan turut menyaksikan penyertaan pancaragam dan anggota tentera Indonesia yang berarak seiring pasukan tentera Perancis.