fb fb fb fb fb

"Emilia Perez" ketuai pencalonan anugerah Hollywood Golden Globes

FOTO REUTERS

LOS ANGELES, 3 Januari - Filem muzikal "Emilia Perez" mengetuai pencalonan bagi anugerah Hollywood Golden Globes yang berlangsung Ahad ini.

Filem itu mengisahkan seorang ketua kartel dadah Mexico yang beralih kepada kehidupan sebagai seorang wanita.

Filem arahan Jacques Audiard yang melangkaui genre ini menerima 10 pencalonan jumlah tertinggi untuk filem komedi atau muzikal.
termasuk untuk pelakon Karla Sofia Gascon yang memegang watak utama. Pelakon bersama ialah Selena Gomez dan Zoe Saldana turut dicalonkan.

"Emilia Perez", hampir sepenuhnya dalam bahasa Sepanyol berharap dapat mengungguli persaingan ke Anugerah Akademi (Oscar) yang akan berlangsung awal Mac.

“Filem ini adalah pilihan utama setakat ini,” kata kolumnis anugerah Deadline, Pete Hammond kepada AFP. “Ia mempunyai elemen antarabangsa dan baru sahaja memenangi Anugerah Filem Eropah.”

Golden Globes menawarkan anugerah berasingan untuk filem drama dan komedi/muzikal, membuka peluang kepada lebih ramai bintang untuk melangkah di karpet merah, selain menyediakan pilihan untuk pengundi Oscar yang bakal membuat undian pencalonan.

Bagi pencalonan utama filem lain, "Wicked", adaptasi filem muzikal Broadway terkenal menerima empat pencalonan termasuk untuk Ariana Grande sebagai Glinda yang ceria dan Cynthia Erivo sebagai Elphaba yang berkulit hijau. - AFP

TETITIA YUSOFF