fb fb fb fb fb

"El Profesor" tokan kokain warga Norway edar dadah guna bot layar dicekup di Bogota

"El Professor" dan orang kanannya ditahan oleh polis Colombia

BOGOTA, 31 Julai- Seorang lelaki Norway digelar "El Profesor" yang dituduh mengetuai kumpulan jenayah yang mengedar kokain dari Amerika Selatan ke Eropah dengan menaiki bot layar telah ditangkap di Bogota, kata polis Colombia Selasa.

Pazooki Farhad telah ditahan di lapangan terbang El Dorado, manakala orang kanan dan rakannya, Bernsten Bjarte telah ditangkap di bandar pantai Caribbean Barranquilla, menurut satu kenyataan polis.

"Menurut siasatan oleh pelbagai agensi antarabangsa, warganegara yang ditangkap (Pazooki Farhad) mempunyai kaitan jenayah dengan apa yang dipanggil Clan del Golfo (kartel Colombia terbesar) dan kartel Mexico seperti Sinaloa dan Jalisco Nueva Generacion," kata polis.

Pada 19 Julai, polis Sepanyol melaporkan penahanan 50 orang yang didakwa ada kaitan dengan Pazooki Farhad di Sepanyol dan di tujuh negara lain, serta rampasan 1.5 tan kokain dan lapan kapal layar yang digunakan untuk penghantaran dadah.

Colombia kekal sebagai pengeluar utama kokain di dunia, walaupun berdekad-dekad perang terhadap kartel.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE