fb fb fb fb fb

Ekspo Dunia Osaka 2025 rai Hari Pavilion Kebangsaan China

Foto AFP

OSAKA, 11 Julai – Ekspo Dunia Osaka 2025 meraikan Hari Pavilion Kebangsaan China pada Jumaat, yang turut mencatatkan hari ke-90 sejak Pavilion China dibuka kepada umum.

Dengan tema 'Membina Komuniti Kehidupan Antara Manusia dan Alam Semula Jadi: Masyarakat Masa Depan Pembangunan Hijau,' Pavilion China mengetengahkan komitmen kukuh negara itu terhadap pembangunan mampan dan mesra alam.

Sejak dibuka pada April lalu, Pavilion China telah menarik kehadiran lebih 770,000 pengunjung. Lebih 200 pegawai dan tetamu dari 75 negara dan wilayah telah melawat pavilion berkenaan.

Sepanjang tempoh pameran, Pavilion China telah menganjurkan pelbagai acara peringkat wilayah, termasuk Minggu Sichuan, Beijing, Tianjin, Jiangsu dan Hainan.

Acara-acara ini turut diserikan dengan persembahan budaya bertema seperti Opera Kunqu, antara bentuk opera Cina tertua serta pameran berasaskan 24 istilah suria dalam Kalendar Tradisional Cina.

Acara-acara tersebut merangkumi pameran budaya, pertukaran dalam bidang sains dan teknologi, serta kerjasama industri yang mendapat sambutan hangat daripada para pengunjung dan peserta serta menerima pujian.

Ekspo Dunia Osaka 2025 bertemakan 'Mereka Masyarakat Masa Depan Kehidupan Kita' sedang berlangsung di Osaka, bandar ketiga terbesar di Jepun, dari 13 April hingga 13 Oktober 2025. -REUTERS

SAHZAN FAZLI BIN ZAINUDDIN