fb fb fb fb fb

Dunia perlu bantu Sudan, elak puluhan ribu kematian - IOM

Penduduk di tempat perlindungan El Gezira dan Sennar di Sudan/ REUTERS

BERLIN, 13 Ogos- Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi (IOM) menggesa seluruh dunia meningkatkan sumbangan terhadap krisis perpindahan terbesar di Sudan selain memberi amaran tanpa tindakan ia boleh mengorbankan puluhan ribu nyawa.

IOM turut memaklumkan pertubuhan itu telah menerima hanya 21 peratus daripada sokongan untuk menyediakan bantuan penting kepada rakyat Sudan.

Negara di Afrika Utrara itu sudah dilanda konflik dan kini menghadapi masalah kelaparan, penyakit dan banjir, kata Mohamed Refaat, yang mengetuai misi Sudan IOM dalam satu taklimat.

"Masyarakat antarabangsa tidak bersama-sama memberikan bantuan," kata Refaat.

"Tanpa tindak balas global besar-besaran dan diselaraskan serta-merta, puluhan ribu kematian dijangka berlaku dalam beberapa bulan akan datang," tambahnya lagi.

Menurut IOM, dianggarkan kira-kira 10.7 juta penduduk kehilangan tempat tinggal dan 2.3 juta lagi telah melarikan diri merentasi sempadan.

Konflik di Sudan tercetus pada April tahun lepas berikutan gelombang keganasan etnik dan mewujudkan keadaan seperti kebuluran di seluruh negara itu.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI