fb fb fb fb fb

Dua sub-varian Omicron, lonjak kes COVID-19 di Afrika Selatan

GENEVA, 5 Mei- Dua sub-varian baharu Omicron mencetus peningkatan kes COVID-19 di Afrika Selatan.

Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus ketika memaklumkan perkara itu berkata, saintis Afrika Selatan mula mengesan dua sub-varian iaitu BA.4 dan BA.5, yang didakwa sebagai punca peningkatan kes di negara itu.


(GAMBAR FAIL/ AFP)

Omicron telah lama diketahui mempunyai beberapa sub-varian, dengan BA.2 paling dominan.

Beberapa mutasi tambahan diperoleh yang mungkin memberi kesan kepada ciri-ciri sub-varian berkenaan.

Bagaimanapun menurut beliau, masih terlalu awal untuk mengetahui sama ada subvarian baharu itu menyebabkan gejala lebih teruk daripada subvarian Omicron yang lain.

Omicron sangat cepat bermutasi dan mudah merebak kini menjadi varian dominan melibatkan hampir keseluruhan jangkitan baharu seluruh dunia.

Justeru Tedros menekankan kepentingan ujian saringan untuk memantau mutasi dan penyebaran virus terbabit yang telah 'membunuh' lebih 6.2 juta orang.- AFP

 

Media Baharu