(FOTO HIASAN)
PENNSYLVANIA, 25 Mac - Dua maut dan sembilan orang hilang selepas sebuah kilang coklat meletup di West Reading, Pennsylvania, pada Jumaat.
Dalam satu kenyataan ringkas, Ketua Polis West Reading, Wayne Holden memaklumkan kepada pemberita bahawa terdapat usaha menyelamat sedang dijalankan di tempat kejadian.
Imej di televisyen WGAL menunjukkan serpihan bertimbun di jalan dengan sekurang-kurangnya satu api masih menyala beberapa jam kemudian.
Tragedi itu melanda R.M. Palmer Company yang telah beroperasi sejak tahun 1948 dan mempunyai 850 orang pekerja.
(Dua maut dan sembilan orang hilang selepas sebuah kilang coklat meletup di West Reading,
Pennsylvania/ Foto REUTERS)
Letupan itu memusnahkan bangunan nombor dua Palmer dan merosakkan bangunan kejiranan satu, kata Holden.
Puncanya masih dalam siasatan, walaupun pegawai menolak bahaya yang berterusan kepada kawasan itu.
Selain dua maut dan sembilan hilang, beberapa orang lagi cedera.
West Reading terletak kira-kira 60 batu (100 km) barat laut Philadelphia. -REUTERS