TEHRAN, 18 Januari - Dua hakim maut ditembak dalam satu serangan di luar bangunan Mahkamah Agung Tehran hari ini, menurut laporan media kerajaan Iran.
Laman web kehakiman, Mizan Online, melaporkan bahawa serangan itu melibatkan tiga hakim Mahkamah Agung.
"Dua daripada mereka terbunuh, manakala seorang lagi cedera," menurut laporan tersebut.
Siasatan awal mendapati bahawa penyerang tidak mempunyai sebarang kes atau hubungan dengan Mahkamah Agung tersebut.
Dalam kejadian itu, suspek bertindak membunuh dirinya sendiri selepas melakukan serangan terancang itu.
Kedua-dua hakim itu berkhidmat dengan penuh ketegasan menjadi sasaran kerana keberanian mereka menentang pihak yang menggugat keselamatan rakyat.
Dalam tempoh setahun yang lalu, pihak kehakiman telah melaksanakan langkah proaktif untuk mengenal pasti, mendakwa, dan menangkap ejen yang dikaitkan dengan rejim Zionis, Amerika, pengintip, dan kumpulan pengganas.
Pihak berkuasa kini sedang menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti punca kejadian. - AFP & Mizan Online