fb fb fb fb fb

Dua gempa bumi kuat gegar Indonesia barat

JAKARTA, 14 Mac- Dua gempa bumi kuat melanda wilayah Sumatera Utara di barat Indonesia pada pagi ini mencetuskan panik dalam kalangan penduduk.

Gempa pertama berukuran 6.7 pada skala Richter berlaku pada pukul 4.09 pagi waktu Indonesia Barat dan dirasai dalam tempoh seminit, berlaku pada kedalaman 25 kilometer (km) dengan pusat gempa 161 km dari daerah Nias Selatan.

Nias Selatan yang mempunyai penduduk seramai 364,880 orang terdedah kepada bencana alam termasuk gempa bumi.

(Foto fail)

Gegaran susulan bermagnitud 6.0 melanda pada pukul 4.38 pagi turut dirasai di kawasan seperti Padang dan Pariaman.

Tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Media Baharu