fb fb fb fb fb

Draf Undang-Undang Israel henti misi UNWRA di Gaza, Tebing Barat undang malapetaka

Foto Reuters

NEW YORK, 9 Oktober- Draf undang-undang Israel yang akan menghentikan misi agensi kerja dan bantuan Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi pelarian Palestin (UNRWA) di Gaza dan Tebing Barat akan menjadi malapetaka jika digubal.

Amaran itu diberikan Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres.

Guterres menegaskan, undang-undang tersebut mungkin akan memberi tamparan hebat kepada tindak balas kemanusiaan antarabangsa di Gaza.

Tindakan itu juga menyukarkan usaha untuk meredakan penderitaan dan ketegangan di Gaza serta seluruh wilayah Palestin yang diduduki.

Parlimen Israel pada Julai lepas memberi kelulusan awal kepada rang undang-undang untuk mengisytiharkan kononnya UNRWA ialah sebuah organisasi pengganas.

Pemimpin zionis mendakwa kakitangan UNRWA membantu pergerakan Hamas di Gaza.

Keganasan di Gaza setakat ini meragut nyawa hampir 42,000 orang rakyat Palestin, termasuk wanita dan kanak-kanak.-REUTERS

Trainee