JAKARTA, 12 Julai - Menteri Luar Thailand Don Pramudwinai mengesahkan beliau bertemu dengan bekas pemimpin Myanmar Aung San Suu Kyi yang kini sedang dipenjarakan dan berkata
Suu Kyi berada dalam keadaan sihat.
Pemenang Nobel keamanan berusia 78 tahun itu, dipenjarakan selama 33 tahun atas pelbagai kesalahan.
Suu Kyi ditangkap pada Februari 2021 semasa tentera melancarkan rampasan kuasa terhadap kerajaan yang dipilihnya.
Bulan lalu Don mencetuskan kekecohan apabila beliau menjemput rakan sejawatan Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) ke mesyuarat, bertujuan untuk terlibat semula dengan pemerintah tentera Myanmar yang dipulaukan.
ASEAN telah menetapkan konsensus lima perkara sebagai satu-satunya proses diplomatik rasmi bagi mencapai keamanan di Myanmar.
Berikutan kegagalan pihak junta menghormati konsensus tersebut, ketuanya Min Aung Hlaing telah dihalang daripada menyertai mesyuarat peringkat tinggi ASEAN. - REUTERS
(FOTO REUTERS)