NEW YORK, 19 Julai – Nilai dolar Amerika Syarikat (AS) menyusut dalam dagangan lewat pada Jumaat, didorong oleh prestasi mata wang utama lain yang mengukuh.
Indeks dolar, yang mengukur prestasi dolar AS berbanding enam mata wang utama dunia, merosot sebanyak 0.26 peratus kepada 98.481 pada pukul 3.00 petang waktu tempatan.
Dalam sesi dagangan lewat di New York, euro mengukuh kepada 1.1622 dolar berbanding 1.1584 dolar pada sesi sebelumnya, manakala pound Britain meningkat kepada 1.3417 dolar daripada 1.3410 dolar.
Namun, dolar AS mengukuh sedikit berbanding yen Jepun kepada 148.77 yen, berbanding 148.73 yen sebelum ini.
Dolar AS turut menyusut berbanding franc Swiss kepada 0.8017 franc daripada 0.8057 franc, dan berbanding dolar Kanada kepada 1.3726 daripada 1.3750.
Mata wang AS juga melemah berbanding kronor Sweden, turun kepada 9.6785 daripada 9.7572 sebelumnya.-REUTERS