KAMPALA, 15 November- Agensi keselamatan di Uganda menyelamatkan seorang diplomat Mesir yang diculik, kata pihak polis lewat Rabu.
Diplomat Mesir Muhammad Ali Abdul Amidu diculik pada 8 Nov, menurut kenyataan polis Uganda, lapor Xinhua.
"Penculik menuntut wang tebusan sebanyak US$40,000 dan mengancam untuk membunuhnya jika permintaan mereka tidak dipenuhi," menurut kenyataan itu.
Pasukan gabungan tentera dan polis menjejaki penjenayah itu dan berjaya memintas mereka pada Rabu di daerah Wakiso, Uganda tengah.
"Seorang daripada penculik ditembak mati dalam pertembungan dengan pasukan penyelamat," tambah kenyataan itu, sambil memaklumkan bahawa diplomat Mesir itu diselamatkan tanpa sebarang kecederaan.- BERNAMA-XINHUA