fb fb fb fb fb

Darurat kebakaran: Ratusan anggota bomba, sukarelawan digerakkan

Foto AFP

CHIOS, 24 Jun - Beratus-ratus anggota bomba dan sukarelawan bertungkus lumus mengawal kebakaran hutan di lokasi berbeza di pulau Chios, Greece pada hari ketiga selepas pulau itu mengisytiharkan darurat.

Kira-kira 444 anggota bomba, kebanyakannya dibawa masuk dari seluruh Greece dibantu 14 helikopter dan empat pesawat telah dikerah ke pulau itu di timur laut Laut Aegean.

Pasukan tersebut sedaya upaya menangani kebakaran yang telah memusnahkan kawasan hutan dan tanah pertanian hingga memaksa ratusan penduduk kampung berpindah sejak kebakaran tercetus.

Pihak berkuasa mengeluarkan amaran baharu dengan menasihati penduduk kampung di barat daya untuk segera berpindah memandangkan angin kencang merumitkan usaha pemadaman api.

Beberapa kebakaran terbesar berpusat di sekitar dusun yang penuh dengan perkampungan kecil.

Greece sering dilanda kebakaran hutan ketika musim panas dan kering.

"Iklim yang berubah secara pantas menyebabkan kebakaran hingga merosakkan harta benda sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

18,000 anggota bomba dikerah tahun ini susulan jangkaan situasi kebakaran yang semakin mencabar," kata pihak berkuasa.

NORAINI BINTI WAHIB