fb fb fb fb fb

Curi mangkuk tandas emas, dua lagi individu didapati bersalah

Foto Media Sosial

WOODSTOCK, 19 Mac- Dua lagi individu didapati bersalah berkait kecurian mangkuk tandas emas yang dipamerkan sebagai karya seni di Istana Blenheim, England.

Ini menjadikan sehingga kini, tiga suspek didapati bersalah kerana terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam kes tersebut.

Tandas seberat 98 kilogram itu adalah hasil karya artis Itali, Maurizio Cattelan.

Ia diinsuranskan dengan nilai enam juta dolar.

Ia dicuri dari istana bersejarah tersebut, yang juga Tapak Warisan Dunia UNESCO pada September 2019.

Mangkuk tandas emas itu bagaimanapun belum ditemui semula.

Pihak pendakwa percaya ia telah dipecahkan menjadi kepingan-kepingan kecil sebelum dijual.- REUTERS

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM