BOGOTÁ, 19 Ogos- Presiden Colombia, Gustavo Petro menandatangani dekri presiden yang melarang eksport arang batu ke Israel.
Memetik agensi berita Palestin (WAFA), Presiden Colombia itu berkata larangan eksport arang batu itu bertujuan memberi tekanan kepada kerajaan Benjamin Netanyahu untuk menamatkan konflik Israel-Hamas di Gaza.
Terdahulu, Kementerian Perdagangan, Industri dan Pelancongan Colombia menggesa sekatan penjualan arang batu ke atas negara haram tersebut.
Presiden Colombia pada Mei lalu turut memutuskan hubungan diplomatik antara negaranya dengan Israel.
Colombia menyifatkan Israel melakukan genosid terhadap Palestin yang telah menyebabkan lebih 40,000 rakyat negara itu terkorban.