fb fb fb fb fb

China tegaskan pendirian dalam rundingan dengan AS

Timbalan Ketua Jabatan Hal Ehwal Asia di Kementerian Luar China, Liang Jianjun.

BEIJING, 21 Mei - China menegaskan bahawa penghormatan hanya boleh diperoleh melalui perjuangan, susulan pertukaran pandangan terbaharu antara negara itu dengan Amerika Syarikat.

Timbalan Ketua Jabatan Hal Ehwal Asia di Kementerian Luar China, Liang Jianjun berkata, dalam rundingan perdagangan terkini, China tidak akan berganjak daripada prinsip asas atau membuat sebarang konsesi terhadap kepentingan terasnya.

Menurut Liang, Beijing memiliki kesabaran, ketegasan, sumber serta langkah-langkah mencukupi untuk berdepan sebarang tekanan dalam rundingan tersebut.

Beliau turut menjelaskan, perjuangan China bukan hanya demi mempertahankan kepentingan sendiri, malah untuk melindungi kepentingan kebanyakan negara membangun.-REUTERS

NUR SHARIDA SHAHABUDDIN