fb fb fb fb fb

China tawar pengecualian visa kepada 47 negara

Industri penerbangan di China/ REUTERS

BEIJING, 9 Jun- China melaksanakan dasar pengecualian visa secara percubaan bagi pemegang pasport biasa dari Arab Saudi, Oman, Kuwait dan Bahrain mulai hari ini.

Dalam tempoh 9 Jun 2025 hingga 8 Jun 2026, pemegang pasport biasa dari empat negara terbabit boleh memasuki China tanpa visa untuk tujuan perniagaan, pelancongan, melawat keluarga dan rakan serta transit tidak melebihi 30 hari.

Menerusi pengumuman itu, bilangan negara yang menikmati dasar pengecualian visa sepihak ditawarkan kerajaan China meningkat kepada 47.

Sebelum ini, jurucakap Kementerian Luar berkata dasar berkaitan perjalanan masuk ke negara China akan terus dioptimumkan dengan kemudahan pengecualian visa yang ditawarkan kepada lebih banyak negara.

Dasar berkenaan akan menarik kedatangan lebih ramai pengunjung asing untuk menikmati pengalaman berbelanja pelbagai produk yang berkualiti serta jaminan perkhidmatan yang lebih cekap.- BERNAMA-CMG

MOHAMAD KHAIRIE KHALID