fb fb fb fb fb

China sambut baik gencatan senjata di Gaza

Foto AFP

BEIJING, 20 Januari- China menyambut baik gencatan senjata yang telah lama ditunggu-tunggu bagi menamatkan konflik selama 15 bulan di Gaza.

Perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas secara rasmi berkuat kuasa pada Ahad, membuka jalan bagi pertukaran tahanan Palestin dan tebusan Israel.

Jurucakap Kementerian Luar Negeri China Mao Ning berkata China berharap perjanjian itu akan dilaksanakan sepenuhnya dan secara berterusan serta mencapai gencatan senjata yang menyeluruh dan kekal di Gaza.

"China menyambut baik perjanjian gencatan senjata Gaza yang berkuat kuasa. China akan terus bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa untuk mempromosikan keamanan dan kestabilan di Asia Barat", katanya dalam satu kenyataan.

Negara itu bersimpati terhadap perjuangan Palestin dan menyokong penyelesaian dua negara bagi konflik Israel-Palestin.

China telah meletakkan dirinya sebagai watak yang lebih neutral dalam konflik tersebut berbanding pesaingnya, Amerika Syarikat, namun telah berulang kali meminta Israel untuk menghentikan bencana kemanusiaan di Gaza.

Pada musim panas yang lalu, China menjadi tuan rumah kepada kumpulan Palestin iaitu Hamas dan Fatah, di Beijing bagi menandatangani perjanjian untuk membentuk sebuah kerajaan perpaduan nasional di Gaza selepas berakhirnya konflik.-AFP

ROSLINA BINTI DIN