fb fb fb fb fb

China rancang bangun rangkaian ‘pengkomputeran milisaat’ menjelang 2027

FOTO HIASAN

BEIJING, 17 Oktober - Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat China pada Khamis mengumumkan rancangan untuk membangunkan rangkaian “pengkomputeran milisaat” di kawasan metropolitan, bagi membolehkan capaian kepada sumber pengkomputeran pada kelajuan milisaat dalam kawasan bandar.

Menurut kementerian itu, menjelang tahun 2027, sistem keupayaan rangkaian pengkomputeran milisaat yang meluas, cekap dan meliputi sepenuhnya dijangka dapat diwujudkan di wilayah utama negara itu.

Ketika itu, kelewatan sambungan antara pusat pengkomputeran dalam kawasan metropolitan berkenaan dijangka dapat dikurangkan kepada kurang daripada 1 milisaat. Selain itu, masa capaian antara lokasi penting seperti kilang, taman perindustrian dan hospital ke pusat pengkomputeran juga akan mencapai prestasi di bawah 1 milisaat.

Menurut notis yang dikeluarkan kementerian berkenaan, pelan itu bertujuan mempercepat pembinaan rangkaian pengkomputeran pada tahap milisaat di seluruh negara secara berperingkat, meningkatkan pengalaman pengkomputeran serta memperkukuh pembangunan kecerdasan buatan (AI) dan perindustrian baharu.-REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE