fb fb fb fb fb

China menentang keras rancangan Amerika batalkan visa pelajar

Antara pelajar China di Universiti Pengajian Antarabangsa Beijing / Foto fail AFP

BEIJING, 30 Mei - China menolak rancangan Amerika Syarikat untuk membatalkan visa pelajar dari negara itu, dan menggesa pentadbiran Trump untuk lebih membina ke arah hubungan dua hala yang stabil.

Pada Khamis, China telah membuat bantahan terhadap pengumuman Setiausaha Negara Amerika Marco Rubio mengenai langkah itu.

Mengulas lanjut jurucakap Kementerian Luar Mao Ning berkata Amerika menggunakan ideologi dan keselamatan negara sebagai "dalih" di atas tindakannya, yang menjejaskan hak sah dan kepentingan pelajar.

Pada Rabu, Rubio umum Amerika akan mula membatalkan visa pelajar China, termasuk mereka yang mempunyai hubungan dengan Parti Komunis China atau belajar dalam bidang-bidang kritikal.

Jabatan Negara juga akan menyemak semula kriteria visa untuk meningkatkan penelitian terhadap semua permohonan visa dari China.

Menurut Institut Pendidikan Antarabangsa, China memiliki bilangan pelajar antarabangsa kedua tertinggi yang melanjutkan pelajaran di Amerika pada tahun pengajian 2023/2024, dengan seramai 277,398 pelaja

Selasa lalu, Jabatan Negara dilapor telah menghentikan proses permohonan visa untuk pemohon visa pelajar dan pelawat. - Reuters

NORZAINAH ZAINAL ABIDIN