fb fb fb fb fb

China lancar Sichuan, kapal amfibia generasi baharu

FOTO REUTERS

SHANGHAI, 28 Disember- China melancarkan kapal amfibia generasi amfibia Type 076 pertama pada Jumaat, langkah yang mengukuhkan keupayaan tempur tentera laut negara itu di perairan jauh.

Kapal tersebut, dinamakan Sichuan sempena nama wilayah barat daya China, merupakan aset penting untuk memajukan transformasi dan pembangunan tentera laut China, lapor penyiar negara CCTV.

Ia direka untuk meningkatkan keupayaan operasi jarak jauh dan mampu membawa pesawat bersayap tetap, helikopter, kenderaan amfibia, serta peralatan lain, menurut CCTV.

Dibangunkan oleh penyelidik China, Sichuan dilengkapi ciri-ciri canggih, termasuk teknologi arrestor yang membolehkan jet pejuang mendarat di atas dek.

Kapal tersebut dengan berat muatan 40,000 tan, turut dilengkapi sistem electromagnetic catapult yang membolehkan jet pejuang dilancarkan terus dari dek.

China komited untuk memodenkan angkatan lautnya selama lebih sedekad, dengan cita-cita untuk mencapai keupayaan operasi global, berbanding terhad kepada perairan berhampiran tanah besar China.-REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE