fb fb fb fb fb

China komited pacu pembangunan dunia

(FOTO AFP)

BEIJING, 13 Mac-Presiden China, Xi Jinping komited menggalas tangggungjawab dipikul untuk melaksanakan tugasnya bagi memenuhi hasrat semua anggota NPC dan seluruh rakyat China.

Beliau yang juga Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat China menegaskan China akan terus menggalakkan pembangunan berkualiti tinggi, meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan.

Dalam pada masa sama, beliau juga menegaskan tentang kepentingan dalam mendorong pertumbuhan ekonomi ke arah peningkatan kualiti yang berkesan dan kuantiti yang rasional.

Jelas Jinping lagi, China akan terus meningkatkan keupayaan dalam bidang ekonomi, sains dan teknologi serta kekuatan negara secara komprehensif.

Tambah Presiden China itu, semua rakyat perlu berperanan dalam memanfaatkan hasil pembangunan modenisasi bagi mewujudkan kemakmuran bersama.

Sementara itu, Perdana Menteri China yang baharu, Li Qiang menyasarkan pertumbuhan Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) 2023 sekitar 5 peratus.

Jelas Li, prestasi ekonomi China untuk 2 bulan pertama tahun ini berada dalam keadaan stabil.

Keadaan itu telah membentuk potensi peningkatan ekonomi berdemografi.

Selain itu, Li turut berikrar perusahaan swasta di China akan menikmati suasana lebih
selesa dan ruang lebih luas untuk pembangunan.

Dalam pada masa sama, Li Qiang turut menegaskan bahawa, kerajaan baharu akan berusaha lebih kukuh dalam setiap perkara berkaitan hidup rakyat.-AFP

(Presiden China, Xi Jinping bersiap-sedia memberi ucapan sempena Kongres Rakyat
Kebangsaan (NPC)/ Foto AFP)

Media Baharu