BEIJING, 23 Julai - Kementerian Luar China, Guo Jiakun menyifatkan tindakan Amerika Syarikat menarik diri daripada Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai tidak wajar bagi sebuah negara besar yang bertanggungjawab sekali gus menzahirkan sokongan China terhadap usaha dan peranan UNESCO.
Terdahulu, Presiden Donald Trump membuat keputusan untuk menarik semula Washington keluar daripada UNESCO kerana dirinya mendakwa agensi tersebut membawa agenda keterlaluan dan menyebabkan perpecahan, katanya dalam satu kenyataan White House pada Selasa.
White House turut memaklumkan, tindakan itu pernah dilakukan Trump ketika penggal pertamanya sebagai presiden tetapi dibatalkan semasa pentadbiran Presiden Joe Biden.
Penarikan terbaharu tersebut akan berkuat kuasa pada akhir tahun depan.
Amerika Syarikat sebelum ini pernah menarik diri daripada UNESCO pada tahun 1983 ketika pentadbiran Presiden Ronald Reagan yang mendakwa agensi itu lemah dari segi pengurusan dan bersikap berat sebelah terhadap negara Barat.
Negara itu kembali menyertai UNESCO pada tahun 2003 semasa pemerintahan Presiden George W. Bush. - REUTERS