fb fb fb fb fb

China hentikan ujian COVID-19 beberapa barangan import

BEIJING, 13 Julai- China akan berhenti melakukan ujian dan pembasmian kuman beberapa barangan import, ketika Beijing sedang bergelut untuk mengimbangi desakan terhadap sifar COVID-19 ditambah kebimbangan kelembapan ekonomi.

Sekatan ke atas barangan import sebelum ini telah mewujudkan kesesakan untuk beberapa produk, yang menyaksikan dalam satu keadaan beribu-ribu tan buah tropika terpaksa menunggu berhari-hari di sempadan sementara pemandu menunggu giliran untuk dibenarkan masuk ke China.

"Barangan yang tidak disejukkan, termasuk penghantaran arang batu, bijih mineral, bahan makanan dan makanan haiwan kini boleh memasuki China tanpa diuji," menurut kenyataan NHC.

NHC berkata keputusan itu bertujuan untuk "memastikan kestabilan rantaian perindustrian dan bekalan" serta menyatakan "di bawah keadaan suhu bilik novel coronavirus hanya boleh bertahan untuk masa yang singkat di permukaan kebanyakan objek".

Sementara itu produk sejuk beku akan terus diuji di bawah peraturan semasa.

Para saintis mengatakan terdapat sedikit bukti bahawa coronavirus yang dibawa pada objek seperti produk sejuk boleh menjangkiti manusia, walaupun CDC Amerika Syarikat mengesyorkan membasmi kuman permukaan yang telah disentuh dengan kerap oleh pesakit COVID-19.

China kekal terikat dengan dasar sifar-COVID-19, dengan menghalang penularan baharu termasuk penutupan segera, kuarantin paksa dan sekatan perjalanan yang membebankan walaupun ianya mendatangkan kesan buruk pada psikologi orang awam dan dan merosakkan ekonomi.-AFP

 


(Sebelum ini, semua produk import yang memasuki negara China perlu melalui proses nyahkuman)

Media Baharu