fb fb fb fb fb

China, EU ikrar tingkatkan usaha tangani perubahan iklim

Foto AFP

BEIJING, 24 Julai – China dan Kesatuan Eropah (EU) berikrar untuk mempertingkat tindakan bagi menangani perubahan iklim, menurut satu kenyataan bersama yang dikeluarkan sempena sidang kemuncak sehari yang diadakan di Beijing.

Dalam kenyataan itu, pemimpin China dan EU menegaskan bahawa dalam keadaan antarabangsa yang tidak menentu dan bergolak ketika ini, adalah amat penting untuk semua negara memperhebat usaha bagi menangani cabaran perubahan iklim.

“Pemimpin China dan Eropah mengulangi bahawa dalam situasi antarabangsa yang tidak menentu dan bergolak pada masa ini, adalah penting bagi semua negara meningkatkan usaha untuk menangani perubahan iklim,” menurut kenyataan bersama tersebut.

Sidang kemuncak berkenaan memperlihatkan komitmen bersama kedua-dua pihak dalam memperkukuh kerjasama global bagi melindungi alam sekitar serta memastikan kelestarian masa hadapan. -AFP

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN