fb fb fb fb fb

CDC kesan satu varian baharu COVID-19

(Foto REUTERS)

GENEVA, 19 Ogos- Pusat Kawalan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) sedang mengesan satu varian baharu yang dinamakan BA.2.86 yang menyebabkan COVID-19.

Terdahulu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menerusi laman sosial X telah mengklasifikasikan BA.2.86 itu sebagai varian dalam pemantauan disebabkan berlaku mutasi oleh pembawanya.

Menurut WHO lagi, setakat ini, varian itu telah dikesan di beberapa negara termasuk Amerika Syarikat, Denmark dan Israel.

Keturunan baharu yang mempunyai 36 mutasi daripada varian XBB.1.5 yang dominan ketika ini.

Pengarah Perubatan Mikrobiologi Diagnostik di Houston Methodist, Dr. S. Wesley Long berkata, terdapat kebimbangan berlaku lonjakan kes COVID-19 disebabkan varian baharu tersebut.-REUTERS


(Ibu pejabat Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) di Atlanta, Georgia/REUTERS)

Media Baharu