fb fb fb fb fb

Cacar Monyet: Vietnam catat kes pertama

Foto Reuters

VIETNAM, 6 Oktober- Vietnam mencatatkan kes pertama cacar monyet melibatkan seorang wanita berusia 35 tahun.

Beliau yang menetap di bandar Ho Chi Minh mula berdepan masalah kesihatan 18 September lalu ketika melawat Dubai.


(Foto Reuters)

Menurut Kementerian Kesihatan negara tersebut, pesakit mengalami gejala demam, keletihan, sakit otot, sakit kepala dan batuk, selain bengkak kemerahan serta gatal pada lengan, badan dan muka, sebelum pulang ke Vietnam pada 22 September lalu.

Wanita tersebut kemudian dimasukkan ke Hospital Tu Du di Ho Chi Minh sebelum dipindahkan ke Hospital Dermato Venereologi untuk menjalani rawatan dan pengasingan.

Beliau kemudian disahkan positif cacar monyet dan dipindahkan ke Hospital Penyakit Tropika bagi menjalani rawatan, pengasingan dan penjujukan genom.

Beliau kini dilaporkan stabil tanpa demam.- AFP

Media Baharu