fb fb fb fb fb

Buat bising, penunjuk perasaan pukul periuk dan kuali ketika ucapan Macron

(Foto Reuters)

PARIS, 18 April- Penunjuk perasaan berkumpul di luar dewan bandaran daerah pentadbiran (arondisemen) ke-10, di sini, pada Isnin dan membuat bising ketika Presiden Perancis, Emmanuel Macron, sedang menyampaikan ucapan menerusi televisyen nasional.

Beratus-ratus penunjuk perasaan melaungkan slogan anti-Macron sambil bertindak memukul periuk dan kuali.

Macron menyampaikan ucapan itu, dua hari selepas menandatangani rancangan undang-undang untuk meningkatkan umur persaraan kepada 64 tahun.

Protes itu berlangsung tidak sampai sejam.

Beberapa penunjuk perasaan dilihat turut membakar tong sampah semasa mereka berjalan pergi meninggalkan lokasi bantahan.

Sementara itu, dalam ucapannya, Macron memberi tempoh 100 hari untuk beliau memulihkan semula negara selepas protes dan kemarahan berminggu-minggu terhadap rancangan tidak popular untuk menaikkan umur persaraan.

Beliau turut meminta kerajaannya membuka rundingan dengan kesatuan sekerja mengenai pelbagai isu.-REUTERS

(Beratus-ratus penunjuk perasaan melaungkan slogan
anti-Macron sambil bertindak memukul periuk dan kuali/Foto Reuters)

Media Baharu