fb fb fb fb fb

Brian Wilson meninggal dunia pada usia 82

Brian Wilson/ REUTERS

NEW YORK, 12 Jun - Brian Wilson, pengasas bersama kumpulan legenda The Beach Boys meninggal dunia pada usia 82 tahun.

Berita pemergiannya diumumkan keluarganya di Instagram, pada Rabu, tanpa dinyatakan punca kematiannya.

Wilson sebelum ini diletakkan bawah penjagaan undang-undang tahun lalu akibat mengalami "gangguan neurokognitif utama."

“Kami kehilangan kata-kata ketika,” ujar keluarganya. “Kami sedar bahawa kesedihan ini turut dirasai oleh seluruh dunia.”

Wilsan telah menghasilkan beberapa lagu hit yang menyaingi The Beatles pada era 1960-an, antaranya “Surfin’ USA,” “I Get Around,” “Fun, Fun, Fun” dan “Surfer Girl”, menjadikan The Beach Boys kumpulan paling laris di Amerika Syarikat ketika itu.

Bakat luar biasanya dalam menggubah dan mendengar muzik menjadikan beliau arkitek kepada bunyi unik yang menggambarkan syurga pantai California.

Wilsan dilahirkan pada 20 Jun 1942 di pinggir bandar Los Angeles, dan menjadikan muzik sebagai satu kegembiraannya selepas melalui zaman kanak-kanaknya yang tidak menggembirakan.

The Beach Boys ditubuhkan bersama dua adik-beradiknya, Dennis dan Carl, sepupunya Mike Love dan jirannya Al Jardine.

Wilson bertanggungjawab sepenuhnya dalam penulisan lagu, susunan muzik, bermain gitar bass dan menyanyi; rakan-rakannya hanya perlu menyanyi harmoni. - AFP

TETITIA YUSOFF