(Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva (dua dari kanan) bercakap semasa
sarapan pagi bersama wartawan di Istana Planalto, Brasilia pada 2 Ogos 2023/Foto AFP)
BRASILIA, 3 Ogos- Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva pada Rabu menggesa dunia membantu negara itu, melindungi hutan Amazon.
Gesaan dibuat menjelang sidang kemuncak mengenai hutan hujan terbesar dunia, penampan kepada perubahan iklim, minggu depan.
Katanya, Brasilia sedar tanggungjawabnya untuk menyakinkan dunia bahawa pelaburan untuk menyelamatkan hutan, adalah murah.
"Kami sedar, kami mempunyai tanggungjawab untuk meyakinkan dunia bahawa pelaburan untuk menyelamatkan hutan adalah murah," katanya kepada AFP dan media antarabangsa lain dalam pertemuan sarapan pagi, di sini.
"Dunia perlu membantu kami memelihara dan membangunkan hutan Amazon," tambahnya mengenai pertanyaan cara mengimbangi keperluan pembangunan ekonomi di rantau Amazon dengan melindungi hutan.
(Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva/Foto AFP)
Lula dan pemimpin beberapa negara yang termasuk dalam kawasan Amazon, akan mengadakan pertemuan minggu depan di Belem, Brazil.
Ia untuk membangunkan dasar bagi melindungi hutan hujan berkenaan yang kini diancam kemusnahan akibat penebangan hutan yang berleluasa.-AFP