TOKYO, 4 Mac- Seorang nelayan dilaporkan hilang dan 24 yang lain diselamatkan pada Isnin selepas bot mereka mengalami keroskan dan hanyut di laut bergelora di luar Jepun.
Rakaman televisyen menunjukkan kapal sepanjang 56 meter (183 kaki) dipukul ombak kuat ketika anak kapal berhimpit di atas dek dan sebuah helikopter berlegar di atasnya.
Kapal penangkap ikan tuna itu mengalami masalah enjin pada petang Ahad di luar kepulauan Izu di selatan pulau utama Jepun, Honshu.
Juragan kapal kemudiannya melaporkan bahawa seorang krunya hilang, kata seorang jurucakap pengawal pantai memberitahu AFP.
Dalam operasi yang melibatkan bot peronda dan helikopter itu, semua anak kapal telah diselamatkan pada pagi Isnin.
Anak kapal itu termasuk lima warga Jepun dan 20 warga Indonesia sementara kru kapal yang hilang adalah penduduk tempatan, kata jurucakap itu.-AFP