fb fb fb fb fb

Bot karam di barat Indonesia, operasi mencari diteruskan

Foto AFP

JAKARTA, 15 Julai - Sekurang-kurangnya 11 orang dilaporkan hilang selepas sebuah bot karam berhampiran Kepulauan Mentawai, di barat Pulau Sumatera, semalam.

Menurut agensi mencari dan menyelamat tempatan, 18 orang berada di atas bot ketika kejadian, dan tujuh daripadanya berjaya diselamatkan.

Insiden berlaku pukul 11:00 pagi, ketika bot tersebut sedang belayar di perairan Mentawai.

Ketua agensi penyelamat, Rudi, berkata operasi mencari dan menyelamat kini giat dijalankan di sekitar lokasi kejadian.

“Fokus kami adalah untuk menyisir kawasan di sekitar tapak kemalangan bagi mencari semua mangsa,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan punca bot karam.-AFP

NIZAMIAH ASIQIN MOHD ZUKNI