AMERIKA SYARIKAT, 15 Julai - Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu, Antonio Guterres mengulas ancaman Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengenakan sekatan ke atas Rusia sekiranya tiada perjanjian damai dicapai di Ukraine dalam tempoh 50 hari, dengan menegaskan bahawa sebarang tindakan perlu selaras undang-undang antarabangsa.
Guterres turut menggesa gencatan senjata segera di Gaza, pelaksanaan penyelesaian konflik Israel-Palestin, serta reformasi menyeluruh terhadap sistem kewangan global yang disifatkannya sebagai tidak adil.
Situasi di Gaza ketika ini memperlihatkan kemusnahan dan kehilangan nyawa pada skala yang belum pernah berlaku dalam sejarah moden.
"Keadaan di Gaza amat mengerikan. Kita semua mengecam serangan kejam dan ganas oleh Israel. Apa yang berlaku kini jelas mencabuli asas maruah kemanusiaan rakyat Gaza," katanya di sini. - AFP