fb fb fb fb fb

Bolsonaro himpun penyokong ketika hadapi perbicaraan kudeta

Foto Reuters

SAO PAULO, 30 Jun- Bekas Presiden Brazil, Jair Bolsonaro menarik kehadiran ratusan penyokong dalam satu perhimpunan di Avenida Paulista, Sao Paulo pada Ahad.

Perhimpunan itu diadakan bagi memperkukuh sokongan menjelang perbicaraan kes percubaan kudeta yang kini di peringkat akhir di Mahkamah Agung negara itu.

Bolsonaro kini berdepan perbicaraan berhubung dakwaan pembabitan beliau dalam rancangan rampasan kuasa bagi mengekalkan kuasa selepas tewas dalam Pilihan Raya Presiden 2022.

Menurut laporan media tempatan, semua keterangan saksi dan tertuduh telah dikemukakan.

Kini, tiba giliran pihak pendakwa raya untuk mengemukakan hujahan akhir.

Bekas presiden itu dilarang bertanding dalam mana-mana pilihan raya, menafikan sebarang salah laku.

Dalam ucapannya di hadapan para penyokong, Bolsonaro turut menyentuh tentang keputusannya meninggalkan Brazil dan berkunjung ke Amerika Syarikat (AS) pada Disember 2022, bagi mengelak daripada menghadiri Majlis Angkat Sumpah Presiden Luiz Inacio Lula da Silva pada 1 Januari 2023 di Brasilia.

Keganasan tercetus di lokasi yang sama pada 8 Januari, apabila penyokong Bolsonaro menyerbu bangunan kerajaan sebagai tanda protes terhadap keputusan pilihan raya.- REUTERS

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM