fb fb fb fb fb

Bilik mandi Inca berusia 500 tahun ditemui di Peru

HUANUCO, 15 April- Sebuah bilik mandi kaum Inca berusia 500 tahun ditemui di tapak arkeologi Huanuco Pampa di Peru.

Ahli arkeologi memaklumkan, ia merupakan bilik mandi Inca kedua yang ditemui di tapak bekenaan.

Ia mempunyai saiz dimensi lebih besar dan binaan yang lebih kompleks berbanding penemuan pertama.

Kedalaman strukturnya adalah dua meter dan terdapat dua kepungan yang tidak simetri.

(Bilik mandi kaum Inca ditemui di tapak arkeologi Huanuco Pampa / Foto REUTERS)

Bilik mandi Inca kebiasaannya menjadi kawasan larangan dan berhierarki bagi penempatan kaum itu suatu ketika dahulu.

Menurut penyelidik, binaan tersebut turut dikaitkan dengan upacara keagamaan.-REUTERS

Media Baharu