fb fb fb fb fb

Berlian gergasi 'The Rock' pertama kali dipamerkan di Dubai

(Seorang kakitangan rumah lelong mempamerkan berlian gergasi yang digelar 'The Rock', di Dubai/AFP)


DUBAI, 28 Mac- Sebutir berlian gergasi dikenali sebagai ‘The Rock’ dipamerkan untuk pertama kali di Dubai pada Jumaat menjelang satu majlis lelongan di mana batu permata itu dianggar berupaya mencatatkan harga jualan mencecah AS$30 juta

Berlian seberat 228.31 'carat' (45.662 gram) berbentuk buah pir itu dilombong dan dicanai di Afrika Selatan lebih 20 tahun lalu.

Ia merupakan berlian putih paling besar pernah ditampilkan untuk lelongan, demikian menurut rumah lelongan Christie’s.

Selepas membuat penampilan sulung di Dubai dari 26 hingga 29 Mac ini, The Rock akan berada di Taipei, New York dan seterusnya, Geneva di mana ia akan dilelong pada 11 Mei ini.

“Asia Barat sentiasa menghargai kepentingan batu permata,” kata ketua antarabangsa Christie’s, Rahul Kadakia.

(Berlian gergasi dinamakan The Rock ditunjukkan
pertama kalidi Dubai pada 25 Mac lalu/AFP)


Rekod lelongan sebelum ini untuk berlian tidak berwarna terbesar adalah permata seberat 163.41 carat (32.682 gram) yang dijual mencecah harga AS$33.7 juta (RM141.89 juta) pada November 2017, demikian menurut Christie’s.

Pada awal tahun ini, Sotheby’s di London menjual Enigma yang merupakan berlian potong terbesar pernah dilelong dengan berat 555.55 carat (111.11 gram) pada harga AS$4.3 juta –AFP

Media Baharu