fb fb fb fb fb

Bekas Presiden Korea Selatan hadir ke mahkamah bagi pendengaran waran tahanan

Bekas Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol tiba di Mahkamah Daerah Pusat Seoul bagi menghadiri pendengaran berhubung permohonan waran tahanan oleh pendakwa khas/ Foto AFP

SEOUL, 9 Julai – Bekas Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, hadir di Mahkamah Daerah Pusat Seoul pada Rabu bagi menghadiri pendengaran berhubung permohonan waran tahanan oleh pendakwa khas, susulan siasatan terhadap cubaan beliau mengisytiharkan undang-undang tentera semasa tempoh pemerintahannya.

Permohonan tersebut dikemukakan atas dakwaan penyalahgunaan kuasa dan halangan terhadap keadilan.

Mahkamah akan mendengar hujahan daripada pasukan pendakwa khas serta barisan peguam bela Yoon sebelum membuat keputusan sama ada untuk mengeluarkan waran tahanan terhadap bekas presiden itu.

Menurut kenyataan pihak pendakwaan, Yoon berkemungkinan akan ditempatkan sementara di Pusat Tahanan Seoul atau di bilik tahanan mahkamah sementara menunggu keputusan yang dijangka diumumkan lewat malam Rabu atau awal pagi Khamis.

Yoon telah disingkirkan daripada jawatan Presiden pada April lalu selepas Mahkamah Perlembagaan mengekalkan keputusan pemecatannya oleh parlimen berhubung cubaan beliau untuk melaksanakan undang-undang tentera, yang mencetuskan kekecohan politik dan bantahan besar-besaran di seluruh negara.-REUTERS

SAHZAN FAZLI BIN ZAINUDDIN