(Bekas presiden Ivory Coast Henri Konan Bedie / REUTERS)
ABIDJAN, 2 Ogos- Bekas presiden Ivory Coast Henri Konan Bedie telah meninggal dunia pada usia 89 tahun di hospital pada Selasa.
Khabar duka itu dikomgsi salah seorang anggota pasukan komunikasi partinya kepada AFP.
Bedie menggantikan bapa pengasas pasca kolonial Ivory Coast, Felix Houphouet-Boigny, berkhidmat sebagai presiden dari tahun 1993 hingga 1999 selepas beliau digulingkan oleh tentera dalam rampasan kuasa pertama negara itu.
Bedie meninggal dunia di hospital Polyclinique Internationale Sainte Anne-Marie," kata pegawai tersebut.
Orang ramai telah mula berkumpul di luar kediamannya di Abidjan.
Ahli politik veteran itu terdahulu tidak menolak untuk bertanding dalam pilihan raya presiden negara akan datang.
Semasa berkuasa, Bedie menguatkuasakan dasar nasionalis yang mendiskriminasi pendatang dan memihak kepada orang yang mempunyai kedua-dua ibu bapa warga Ivory.
Langkah itu menyebabkan sumber pekerja di kebanyakan ladang terjejas.-AFP
(Bekas presiden Ivory Coast Henri Konan Bedie / REUTERS)