fb fb fb fb fb

Bekas PM China, Li Keqiang meninggal dunia akibat serangan jantung

Bekas Perdana Menteri China, Li Keqiang/ AFP

BEIJING, 27 Oktober- Bekas Perdana Menteri China, Li Keqiang. 68 tahun meninggal dunia hari ini akibat serangan jantung selepas percubaan resusitasi gagal.

"Li Keqiang mengalami serangan jantung secara tiba-tiba pada 26 Oktober dan selepas usaha habis-habisan untuk memulihkannya gagal, meninggal dunia di Shanghai pada 10 minit lewat tengah malam pada 27 Oktober,” lapor CCTV.

Bekas Perdana Menteri dan ketua kabinet China itu berkhidmat di bawah Presiden Xi Jinping selama sedekad dari 2013 sebelum bersara pada Mac 2023.

Ahli ekonomi elit berpendidikan Universiti Peking itu pernah dilihat sebagai pesaing utama kepimpinan Parti Komunis, tetapi semakin diketepikan oleh Jinping sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Dia dilahirkan di wilayah Anhui di timur China, sebuah kawasan pertanian yang miskin di mana bapanya adalah seorang pegawai dan di mana dia dihantar bekerja di ladang semasa Revolusi Kebudayaan.

Pada 2020, Keqiang mengeluarkan kenyataan bahawa lebih 600 juta orang di China memperoleh pendapatan kurang daripada nilai bersamaan AS$140 (RM668) sebulan, mencetuskan perdebatan yang lebih meluas mengenai kemiskinan dan ketidaksamaan pendapatan.- REUTERS

ZEHRA BINTI ZAMBRI