fb fb fb fb fb

Bekas menteri Cuba dipenjara seumur hidup atas tuduhan pengintipan

Gil di podium semasa berucap di hadapan Perhimpunan Kebangsaan / ARKIB REUTERS

HAVANA, 9 Disember -Mahkamah Agung Rakyat Cuba menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap bekas Menteri Ekonomi, Alejandro Miguel Gil Fernandez, selepas beliau didapati bersalah atas tuduhan pengintipan.

Gil turut berdepan beberapa pertuduhan lain dalam kes pertama, termasuk salah guna kuasa, rasuah, pencurian dan kerosakan dokumen rasmi, selain pelanggaran prosedur perlindungan dokumen terklasifikasi.

Mahkamah memutuskan kesalahan itu dilakukan secara berterusan dan menjatuhkan hukuman maksimum.

Dalam perbicaraan kedua, Gil didapati bersalah atas kesalahan rasuah, pemalsuan dokumen awam, salah guna pengaruh dan pengelakan cukai.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun bagi kes tersebut, namun ia berjalan serentak dengan hukuman utama penjara seumur hidup.

Gil pernah menjadi tokoh penting dalam pentadbiran Presiden Miguel Diaz-Canel dan mengetuai reformasi kewangan pada 2021.

Reformasi itu dikritik kerana memburukkan keadaan ekonomi Cuba.

Beliau digugurkan daripada jawatan pada Februari 2024 dan tidak muncul di khalayak sehingga perbicaraan bermula.

Mahkamah memberi tempoh 10 hari kepada defendan untuk memfailkan rayuan. -REUTERS

FARIS IZZAT SHAHARUDIN