fb fb fb fb fb

Bekas Jeneral NATO, Petr Pavel Presiden baharu Republik Czech

(FOTO AFP)

PRAGUE, 29 Januari - Jeneral bersara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), Petr Pavel menjadi Presiden baharu Republik Czech selepas berjaya menewaskan bekas Perdana Menteri, Andrej Babis dalam pilihan raya semalam.

Menerusi keputusan akhir yang diterbitkan oleh Pejabat Statistik Czech, Pavel, 61 tahun yang juga bekas anggota payung terjun itu memenangi pilihan raya berkenaan dengan 58.3 peratus, manakala Babis memperoleh 41.7 peratus.

(FOTO AFP)

Pavel mengucapkan terima kasih kepada pengundinya serta mereka yang tidak mengundi namun turut hadir dalam pilihan raya berkenaan.

Beliau akan menggantikan Presiden Milos Zeman, iaitu seorang ahli politik yang lantang dan bersengkongkol dengan Moscow sebelum membuat pusingan U ketika Russia menyerang Ukraine tahun lalu.

Peratusan keluar mengundi di negara anggota Kesatuan Eropah (EU) dan NATO itu disifatkan luar biasa apabila seramai 10.5 juta rakyatnya keluar mengundi.-AFP

Media Baharu