fb fb fb fb fb

Bekas ahli Parlimen India ditembak mati secara siaran langsung di televisyen

(Kedua-dua beradik ditembak berkali-kali ketika mereka sedang terbaring)

LUCKNOW, 17 April - Bekas ahli parlimen India, Atiq Ahmed yang disabitkan dengan kesalahan menculik ditembak mati ketika siaran langsung di televisyen pada Sabtu.

Manakala abangnya, Ahsraf Ahmed, ditembak sejurus selepas itu.

Menerusi rakaman lain, yang dirakam oleh rakan kongsi Reuters ANI, seorang lelaki bersenjata dilihat menembak berkali-kali ke arah mayat abangnya ketika mereka terbaring.

Kedua-dua mangsa maut di tempat kejadian, manakala polis dengan pantas menahan tiga lelaki yang disyaki melakukan pembunuhan itu.

Berdasarkan laporan media penyerang menyamar sebagai wartawan.

Seorang menyerah diri serta-merta selepas tembakan, manakala pegawai berjaya menangkap dua lagi suspek.

Suspek adalah antara sekumpulan wartawan yang berkumpul ketika dua beradik itu sedang diiringi untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.

Dua beradik itu didakwa didakwa sebagai raja dalam sebuah pertubuhan jenayah tempatan.

Rakaman siaran langsung pembunuhan itu dikongsi di seluruh saluran penyiaran dan media sosial.

Selepas suspek lelaki itu melepaskan tembakan, suspek bersenjata itu menjerit menyanyi agama Hindu.

Ketika serangan berlaku, seorang anggota polis didapati cedera.

Kerajaan Uttar Pradesh melarang perhimpunan lebih empat orang di seluruh negeri kerana bimbang kemungkinan berlaku pergolakan susulan pembunuhan itu.

“Kerajaan negeri mengenakan perintah sekatan selepas pembunuhan Atiq Ahmed dan Ashraf Ahmed yang merupakan ahli mafia terbesar yang terlibat dalam rampasan tanah dan beberapa kes pembunuhan,” kata seorang pegawai kanan polis.

(Dua beradik itu sedang diiringi untuk menjalani pemeriksaan kesihatan)

Kerajaan negeri, yang dikawal oleh parti nasionalis Hindu pimpinan Perdana Menteri Narendra Modi, telah mengarahkan siasatan kehakiman terhadap pembunuhan itu.

Pada minggu lalu polis menembak mati anak lelaki Atiq Ahmed di bandar Jhansi.

Dia dikehendaki polis berhubung kes pembunuhan yang sedang disiasat sebagai sebahagian daripada tindakan kejam terhadap kumpulan mafia yang beroperasi di Uttar Pradesh.

Ketua parti pembangkang Samajwadi, berkata pembunuhan bekas anggota partinya sewaktu dalam tahanan polis menunjukkan kegagalan Parti Bharatiya Janata yang memerintah membawa undang-undang dan ketenteraman ke Uttar Pradesh.

“Apabila seseorang boleh terbunuh dalam tembakan secara rambang di tengah-tengah kawalan keselamatan polis, maka bagaimana pula dengan keselamatan orang awam,” tulis Akhilesh Yadav dari Samajwadi di Twitter.

Sebelum kalah dalam pilihan raya pada 2014, Ahmed pernah menjadi ahli Parlimen di bawah parti Samajwadi, dan kemudian menyertai parti Apna Dal. - REUTERS

Media Baharu